Monday 29 July 2013

Sedar La Diri

Assalammualaikum...

Kali ni.. hanyalah luahan perasaan..
saya Siti Aishah Binti Roslan mengaku bahawa saya banyak kelemahan.. so.. nak tegur saya? silakan.. saya terima.. tapi jangan aibkan saya.. awak pun manusia jugak okay.. saya tak buat perkara yang memalukan awak..so.. jangan malukan saya.. awak tak tahu siapa yang akan malukan awak pula..

Monday 24 December 2012

Sahabat

Assalammua'laikum

SAHABAT??? apa ertinya sahabat pada kita.. adakah kawan kita adalah sahabat sejati ??? jujurkah mereka pada kita.. adakah mereka ada kala kita perlukan mereka..?

SAHABAT.. satu perkataan yang besar ertinya.. untuk mncari sahabat sejati bukannya mudah.. Ya.. kita ada ramai kawan.. tapi adakah merka sahabat.. seorang Sahabat akan ada di kala kita sedih, gmbira dan kecewa.. seorang sahabat berkawan dengan kita bukan kerana rupa.. bukan juga kerana harta dan populariti.. tetapi kerana Allah.. dia juga ikhlas terhadap kita.. dia terima diri kita seadanya..  dia menegur kita jika kita tersalah.. dia memahami diri kita.. dia hargai kita.. dia ada bila kita harap ada orang yang datang dan menemani kita.. walaupun kita bersalah terhadap dia.. dia sedia maafkan kita tanpa harapkan apa-apa habuan.. dia sanggup berkorban untuk kita walaupun dia yang akan tanggung akibatnya.. itulah SAHABAT...
lihat bertapa sukarnya kita mencari seorang sahabat.. berdoalah kepada Allah agar kita dapat menemui sahabat yang kita cari..


~PRINCESS MULAN~

Tuesday 11 December 2012

Pengorbanan

setiap satu perbuatan ada hikmahnya.. sebagai manusia biasa dan beragama islam kita mesti percaya kepada takdir.. ada orang kata jika kita mahukan sesuatu kita perlu berkorban.. bukan setakat berkorban untuk cinta kita saja.. tetapi berkorban juga untuk agama kita.. berkorban juga untuk ibu bapa kita.. layakkah kita mencintai yg lain sedangkan cinta pada Allah pun tak sepenuh hati.. jika terlalu cinta pada seseorang itu, ambillah dia sebagai yang halal.. jangan kita menderhakai ibu bapa kita dengan cinta kepada manusia yang terlalu kita agungkan.. sedarlah... maaflah jika entri kali ini menyinggung perasaan sesiapa.. saya juga seorang manusia yang lemah dan sering terlupa.. saya tidak kisah jika anda ingin menegur saya.. berkorbanlah untuk kebaikan walaupun menyakitkan.. sayangilah ibu bapa kita selagi kita ada mereka.. percayalah.. kita hanya akan menyayangi sesuatu apabila kita kehilangannya.. sanggupkah kita kehilangan insan yang kita sayangi.. ibu bapa kita telah banyak berkorban untuk kita... tak salah jika kita membalas jasa mereka.. lupakan setiap perkara yang membuat kita alpa.. berusaha.. saya bukanlah manusia yang sempurna untuk menegur anda.. saya hanya ingin memperingati diri saya sendiri..

~Princess Mulan~